AMIN JOHARI - Pereka muda
ini memulakan kerjaya seninya sejak tahun 1998 setelah menamatkan
pendidikan Ijazah Rekaan Fesyen dari UiTM.
Amin Johari cenderung kepada dua konsep rekaan, iaitu
bagi rekaan kasual dan sedia dipakai dengan menggunakan label Amin
Jauhary. Manakala rekaan tradisional, pengantin dan majlis
makan malam, Amin menggunakan label Pesona Amin.
Setiap rekaan Amin sering dikaitkan dengan 'Kotemporari Asia' dan
aliran rekaannya banyak dipengaruhi dan disuntik dengan sentuhan kebudayaan,
kepercayaan, cara hidup, warna dan silhoute dari Asia. Rekaannya mudah
diterima oleh pelbagai bangsa dan lapisan usia.
Sepanjang kerjayanya, Amin telah menerima pelbagai
anugerah. Antaranya:
• Anugerah Anggun Majalah Rias – 2000
• Asian Young Fashion Designer – 2001
• Anugerah Benang Emas Majalah Jelita – 2002
Sejak bakatnya dikesan, Amin merupakan antara pereka
melayu pertama dapat menembusi pasaran 'ready to wear' berjenama yang
kini beroperasi di Sogo Shopping Centre, Kuala Lumpur. Rekaan Amin
sering terpapar di dada majalah fesyen dan television tempatan. Malahan
rekaannya sering diperagakan oleh artis dan celebriti.
Anda boleh dapatkan rekaan Amin di:
• Sogo Shopping Centre – Amin Jauhary
• Pertama Kompleks – Pesona Amin Boutique
• One Utama – Amin Jauhary, F339, 1st Floor, New Wing